Sunday, April 24, 2016

Memori Semalam : Arca Kayu Hanyut

Assalammualaikum w.b.t sahabat-sahabat sekalian,

Syukur Alhamdulillah kerana diizinkan olehNya untuk menulis dan berkongsi ilmu yang sedikit ini. Dek kerana minat yang sangat mendalam Anna gagahkan juga untuk meneruskannya. Anna dah cuba create insta untuk share semua artwork2 Anna, kepada mereka diluar sana yang mencintai dunia seni. Tapi ada masalah, jadi Anna terpaksa tutup akaun tersebut dan create something new, yang Anna rasa lebih mudah untuk bercerita dan ulas dengan lebih panjang. 

Sebelum Anna ceritakan perihal Title diatas serta gambar-gambar di bawah, meh Anna ceritakan sedikit secara ringkas, perihal anak bongsu Pak Abu ni. Anna memang sangat meminati Dunia Seni sejak dari sekolah rendah. Setiap pertandingan Anna masuk, pendek kata, orang lain naik pentas sebab dapat no.1, no.2 dalam kelas, tapi Anna naik pentas sebab saguhati, naik juara, dan juara untuk pertandingan melukis poster. hihi. Atleast naik pentas gak betol tak? So, terus ke sekolah menengah. Pun sama, tak lari. Naik pentas atas alasan yang sama. Semasa di sekolah menengah, Anna sangat meminati dan mengkagumi seorang cikgu ni, cikgu perempuan. Cikgu ni memang power, semua benda dia boleh melukis. Dari situlah, Anna nak sangat jadi macam dia. Cita cita Anna, nak jadi cikgu seni. Jadi berlumba-lumba lah diri ini mengejar cita-cita dan impian. Habis sahaja SPM, Anna masuk Uitm, buat diploma dan terus sambung degree. Fine Art. ok itulah jurusan yang Anna ambik. Seronok bukan kepalang habaq hang, seronok sangat ! umpama cita-cita yang dikejar tu semakin hampir. Masa degree, Anna ambil major Arca/Sculpture of Fine Art & elektif in Graphic dibawah fakulti Art & Design. Macam macam benda Anna belajar untuk menguasai teknik dan pemahaman dalam dunia Arca. Bila dah besar, memang cita-cita tu berubah mengikut minat yang lebih mendalam tentang ilmu yang kita belajar. Alhamdulillah, Anna dah berjaya jadi apa yang Anna nak, iaitu GD ! horeyyyy !!


Nahh, berikut adalah arca yang Anna buat semasa di sem 4. Sebelum tu, Anna terangkan apa itu Arca? Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan ‘ sculpture ’ yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik.Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknyadapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca bolehdipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak. Maksud kayu hanyut pula adalah kayu yang terumbang ambing, atau terapung-apung dipermukaan air, sama ada air laut atau air sungai. Ia mempunyai warna yang cantik dan pelbagai bentuk disebabkan hakisan air yang bertindak balas keatasnya. 

Bagaimana tercetusnya Idea untuk Anna buat semua ni yea? Yela dah nama pun study dalam bidang ni, jadi nak la buat sesuatu yang tak pernah orang lain buat atau berbeza dengan rakan-rakan yang lain  dan senior-senior sebelum. Idea ni pun bermula apabila, projek mingguan telah bermula. Kami perlu menyiapkan sekurang-kurangnya satu atau lebih pada setiap satu minggu untuk ditunjukkan kepada lecturer. First week, Anna bawak arca Anna  adalah Gajah. hahaha..semua orang gelak, Gajah tu, Anna buat pakai  kotak terbuang, then color dengan abstract design berkaitan dengan identiti kehidupan Anna di kampung. Menarik tak? hihi perasan sensorang. Then second week, Anna bawak Kucing. Kucing tu Anna buat pakai kotak coklet Tiramisu. HAAA siap ada gambar coklet lagi, melambangkan identiti tempat kelahiran Anna. gituu... minggu seterusnya Anna bawak Ayam. hahaha ayam pulakkk ! Ayam ni Anna buat pakai kayu bukit. Bersungguh-sunguh bertukang buat ayam wehh. Sebab ini firstime Anna pakai material yang agak menguji daya tahan lasak sebagai seorang wanita. cheyy... everyweek kena gelak tau takkk, sebab semua Anna bawak tu adalah haiwan. Sampai member-member cakap, "kau nak cipta zoo ke kat fakulti niihh" hahaha. Tapi Anna ok and cool je, sebab memang minat dan menyeronokkan.

Yang menariknya kata lecturer Anna waktu tu, dia kata "menariknya sculpture awak ni setiap satu haiwan ada  bekasnya yang tersendiri, mean kotaknya sendiri". Maksud lecturer Anna tu, secara tak sedar Anna memang akan cipta satu kotak khas untuk setiap haiwan yang Anna bawak tu. Dari yang kecil hinggalah yang besar, semua ada kotak khas mereka sendiri. Sebab Anna nak arca-arca Anna tu, kelihatan kemas dan terjaga dan juga koleksi khas sebagai pecinta seni.

Satu hari, bila ke minggu yang keberapa tak ingat, lecturer dah dapat baca setiap kelebihan dan kekurangan, minat dan jiwa setiap anak didiknya. Jadi satu hari tu, lect Anna bagi cadangan, apakata kalau kamu buat arca menggunakan kayu hanyut. Ternganga Anna dibuatnya. Kayu hanyut tu apa? Bentuknya macam mana? Apa beza kayu hanyut dengan kayu bukit? Apa ingat kayu bukit ni tak lawa ke? Mana nak dapat hanyut? haaa bertubi tubi soalan bermain di minda setelah lect bagi cetusan ideanya. Anna pun balik kampung, tanya Ayah. Ayah Anna gelak je. Takkan tak tahu kayu hanyut tu apa? So ayah Anna pun bawak la Anna pergi cari kayu hanyut tu. Owwww ini rupanya. Jatuh cinta. Tujee Anna bole bagitahu, bila firstime tengok kayu hanyut. Rasa macam nak menangis, sebab bab material Anna dah takdakk masalah. Sebab jadi budak arca ni, masalahnya adalah pencarian bahan yang sesuai dan boleh cover dalam kuantiti yang banyak. Yela nak buat artwork kot, kenala pakai banyak. Kebetulan dengan teksture dan color kayu hanyut buat Anna rasa lagi tak sabar nak buat arca !!! hihi..semangat wehhh.

Bila dah dapat materialnya, first Anna bawak artwork untuk minggu seterusnya, adalah Kucing. Kecik je, nak test market katanya. Dahla kecik, letak dalam kotak yang kecil, adoyaii comelllllll sangattt !! hihi. Tak sangka dapat pujian lect, yang sangat membina, kata-kata semangat dan positive, so Anna teruskan develope lagi bentuk-bentuk binatang yang lain lagi dan lagi untuk setiap minggu. Wawww pengalaman yang menyeronokkan pada Anna. 

Jadi inilah hasil tangkapan Anna selama satu semester, actually setiap haiwan ni ada nama mereka sendiri tau, tapi Anna dah tak ingat semua. Yang Anna ingat, kucing kecik tu namanya Mr.Run, kuda pulak namanya Jojocob. Haa untuk artwork Anna yang awal-awal tu , si Gajah, Kucing, dan Ayam itu masih kemas dalam simpanan Anna, walaupun direject pada awalnya, tapi itu sangat manis. Itulah proses pembelajaran, iaitu proses membuat eksperimen mencari material yang sesuai. Akhirnya kayu hanyut lah pilihan Anna, kerana ia bukan sahaja cantik, tapi kuat dan kukuh.

Baiklah sahabat, hingga disini sahaja, terima kasih Anna ucapkan buat kalian, sudi membaca nukilan yang tak seberapa ni. Tapi niat Anna cuma satu, untuk berkongsi ilmu dan minat dengan kalian. Harapnya ia membina dan dapat memberi inspirasi idea lagi. Melihat, merasa, menyentuh dan membuat adalah hal yang sangat indah dan manis dalam membuat karya arca ini. BESTTT sangat.

InsyaAllah , nanti Anna akan kongsikan lagi artwork-artwork Anna yang lain, di waktu dan masa yang lain yea. Harapnya apa yang baik itu datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari kekhilafan Anna sendiri. Terima Kasih, Assalammualaikum.